197,963 dos harian tertinggi

PUTRAJAYA 14 Jun – Selepas berlaku penurunan suntikan harian tiga hari berturut-turut, jumlah suntikan harian semalam meningkat kepada 197,963 berbanding sebelumnya 128,912 (13 Jun) dan 157,949 pada 10 Jun.

Daripada jumlah itu, 142,890 untuk dos pertama dan 55,073 bagi dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, jumlah suntikan harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 4.68 juta dos iaitu 3,275,194 dos pertama dan 1,413,039 dos kedua.

Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 570,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 480,000 dos.
Negeri lain yang mencatat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan 350,000 dos serta Johor dengan lebih 300,000 dos.
Sementara  itu, jumlah pendaftaran vaksin Covid-19 juga meningkat hari demi hari, kini dengan lebih 13.81 juta.
Ia mewakili 59 peratus populasi sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!