Trend setara R-naught Covid-19

PUTRAJAYA 15 Jun – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan tetapi masih menunjukkan trend setara sama ada menurun atau meningkat sedikit selama lebih dua minggu berturut-turut.

Pada Isnin, angka itu meningkat kepada 0.92 berbanding 0.91 hari sebelumnya.

Lima negeri catat kadar R-naught melebihi 1.0.

Sabah mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.09 diikuti Labuan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0 termasuk Johor, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Putrajaya. Begitu juga di Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment