Trend penurunan kes di Saudi

KES positif Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan trend penurunan apabila merekodkan 407 kes pada Jumaat, 9 Oktober berbanding 421 kes dan 468:kes pada hari-hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu setakat ini sebanyak 338,539 kes sementara kes aktif pula 9,261 di mana 859 kritikal.

Sebanyak 24 kematian juga dicatatkan dan ini menjadikan jumlah pesakit yag meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 sebanyak 4,996.

Sementara itu, Madinah dan Makkah merekodkan kes tertinggi masing-masing

54 dan 39 kes, diikuti Yanbu 27, Hafouf 23, Riyadh 23, dan Damman 18.

MoH juga merekodkan 513 lagi pesakit sembuh sepenuhnya dan ini menjadikan kes pulih meningkat kepada 324,282, atau hampir 96 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment