2 bulan potong gaji 50 peratus

KOTA KINABALU 10 Jun – Semua gaji menteri dan pembantu menteri di Sabah akan dipotong 50 peratus selama dua bulan mulai bulan ini bagi  membiayai pengurusan pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan.

Pemotongan itu diputuskan jemaah menteri selepas mesyuarat Kabinet negeri semalam.

“Kami kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam mesyuarat itu, Kabinet negeri turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Covid-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

Related posts

Leave a Comment