Pfizer-Biontech bagi remaja UK

LONDON: Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan dan Kesihatan Britain meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-Biontech kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun, kata Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock.

Katanya, keputusan tersebut dicapai selepas data ujian klinikal menunjukkan keberkesanan vaksin Covid-19 terhadap golongan ini.

“Kita kini sudah mendapat keputusan untuk meluluskan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas tetapi saya ingin memastikan semuanya sudah dilakukan berdasarkan keputusan klinikal untuk memastikan negara ini keluar dari pandemik dengan selamat,” katanya.

Jelasnya, UK sudah memesan bekalan vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada golongan usia ini.

Namun Hancock menegaskan, kerajaan akan memantau rapat perkembangan ujian klinikal sebelum ia mula diedarkan.

“Kami akan meniliti nasihat klinikal yang diberikan oleh badan organisasi vaksinasi dan imunisasi untuk cara melaksanakannya. Kemudian kami akan meneliti nasihat klinikal,” katanya.

Pada masa sama, jelas Hancock, kerajaan juga akan mengawal selia data terkini dari negara-negara lain berkenaan keputusan tersebut.

Sebelum UK, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

Related posts

Leave a Comment