36 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,228 orang, daripada 4.26 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sembilan kematian dilaporkan di Selangor termasuk empat kes BID disusuli lima kes kematian masing-masing di Perak (termasuk satu kes BID) dan Sarawak.

Sementara itu, terdapat 157,571 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 153,859 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 341 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,174 kes dirawat di hospital dan 197 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 89 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 108 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment