Kes harian naik di Arab Saudi

JEDDAH 31 Mei – Arab Saudi kembali merekodkan lebih 1,000 kes harian apabila jumlah kes hari ini meningkat kepada 1,245 berbanding 907 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 450,436. Jumlah kematian pula bertambah dua kes kepada 15 orang berbanding 13 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif 7,362 meninggal dunia. Pada masa yang sama, sebanyak 1,275 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih keseluruhan 433,413. Sementara itu Makkah merekodkan 428 kes diikuti Riyadh 313, daerah Timur 155, dan Madinah 99 kes. Kes…

Read More

10.6 juta lengkapi dua dos

JAKARTA 31 Mei – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia bertambah 5,662 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,821,703. Lima provinsi menambah kes tertinggi iaitu Jawa Barat 1,316 kes,  Jawa Tengah 881,  Jakarta 726, Riau 473 dan Jawa Timur 249. Sebanyak 5,121 kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih adalah 1,669,119. Kes kematian pula merekodkan 174 orang setelah sebelumnya dinyatakan positif Covid-19 menjadikan jumlah meninggal dunia meningkat kepada 50,578 orang. Sementara itu 16,413,672 warga Indonesia  telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 selepas 108,972 lagi…

Read More

Kes harian terendah di India

NEW DELHI 31 Mei – India mencatatkan 152,734 kes baharu Covid-19, jumlah kes harian terendah dalam tempoh 50 hari lalu. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, jumlah keseluruhan kes jangkitan melebihi 27.9 juta orang, dengan lebih 25.5 juta telah sembuh dan lebih 2 juta lagi masih bertarung nyawa.  Menurut data terkini itu, jumlah kematian meningkat kepada 329,100 termasuk 3,128 yang direkodkan hari ini. Kes aktif pula turun sebanyak 88,416.

Read More

Pemerkasa Plus RM40 bilion

PUTRAJAYA 31 Mei – Perdana Menteri, Muhyiddin malam ini mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) berjumlah RM40 bilion. Menurutnya, bantuan itu menekankan tiga matlamat iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan. Jelasnya, ia merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0). Berikut fokus utama pengumuman beliau pada Isnin, 31 Mei 2021: 1) BPR Tambahan, RM500 buat isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dan RM300 buat isi rumah berpendapatan RM2,501…

Read More

Singapura permudahkan warga emas

SINGAPURA 31 Mei – Bagi memudahkan warga emas di Singapura, mereka kini boleh terus mendapatkan vaksin di pusat-pusat vaksinasi tanpa perlu membuat temu janji, demikian pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong. “Tidak perlu mendaftar. Anda tidak perlu tempah slot lebih awal. Pergi sahaja ke salah sebuah pusat vaksinasi, dan anda akan diberikan suntikan di sana,” katanya dalam rayuan kepada 280,000 warga emas yang belum membuat temu janji. Dalam ucapan melalui televisyen petang ini,  Lee membuat rayuan khas kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas supaya mendapatkan vaksin. “Kebanyakan…

Read More

Kit DIY, Singapura perluas ujian

SINGAPURA 31 Mei – Dalam usaha untuk mengesan virus Covid-19 dalam kalangan masyarakat  dengan lebih cepat, kit ujian buat sendiri (DIY) akan diperkenalkan di kaunter-kaunter farmasi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Katanya, kit ujian DIY itu lebih mudah digunakan dan tidak terlalu tidak selesa. “Alternatif kepada ujian reaksi rantai polimerase (PCR) ini membantu kita mengesan dan mengasingkan orang dengan cepat ketika mereka paling mudah berjangkit. Ini akan banyak membantu dalam melambatkan penyebaran Covid-19,” kata Lee. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ke seluruh negara berhubung situasi pandemik Covid-19 yang disiarkan…

Read More

Filipina tambah 6,684 kes

MANILA 31 Mei – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Filipina kini melonjak kepada 1,230,301 apabila 6,684 lagi kes baharu dilaporkan Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 6,098 kes sembuh yang membawa kepada 1,155,045 pesakit pulih atau 93.9 peratus. Pada masa yang sama, 107 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 20,966 orang. Kes aktif pula sebanyak 54,290 atau 4.4 peratus.

Read More

25 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini melaporkan 25 kes jangkitan Covid-19 baharu di Singapura dengan 19 daripadanya adalah kes dalam kalangan masyarakat. Dalam kenyataannya, sebanyak 13 kes masyarakat mempunyai kaitan dengan kes lalu dengan 11 daripadanya sudah dikuarantin dan dua kes lagi dikesan menerusi pengawasan. Enam kes lagi tiada kaitan dengan kes sebelum ini.  Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Singapura adalah 62,028 Sebanyak enam kes import dilaporkan yang semuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.  Lima daripada kes import…

Read More

Thailand catat 5,485 kes baharu

BANGKOK 31 Mei – Thailand merekodkan 5,485 kes harian Covid-19, melibatkan 5,428 kes tempatan iaitu 3,532 kes dalam masyarakat awam dan 1,953 kes yang direkodkan di penjara manakala 57 lagi kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 159,792. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 19 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,031 kematian. Bangkok masih merekodkan kes tertinggi iaitu 1,356 kes, diikuti Phetchaburi (555), Samut Prakan (358), Saraburi (327) dan Pathum Thani (211). Dua kluster baharu juga direkodkan iaitu di kem pekerja binaan…

Read More

Selangor masih kekal teratas

PUTRAJAYA 31 Mei – Selangor masih mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar kes positif Covid-19 dengan merekodkan 2,111 kes, turun sedikit berbanding 2,477 semalam. Kes harian seluruh negara hari ini adalah 6,824. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 186,926 kes. Ini diikuti Kelantan 695, Sarawak 654, Johor 489, Kedah 464, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 387. Tiga negeri merekodkan jumlah kumulatif lebih 50,000 didahului Sabah 62,244, Kuala Lumpur 58,654 dan Kuala Lumpur 58,654. Sarawak pula merekodkan 47,329 kes.

Read More