25 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini melaporkan 25 kes jangkitan Covid-19 baharu di Singapura dengan 19 daripadanya adalah kes dalam kalangan masyarakat.

Dalam kenyataannya, sebanyak 13 kes masyarakat mempunyai kaitan dengan kes lalu dengan 11 daripadanya sudah dikuarantin dan dua kes lagi dikesan menerusi pengawasan. Enam kes lagi tiada kaitan dengan kes sebelum ini. 

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Singapura adalah 62,028

Sebanyak enam kes import dilaporkan yang semuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. 

Lima daripada kes import itu melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini.

Related posts

Leave a Comment