Thailand catat 5,485 kes baharu

BANGKOK 31 Mei – Thailand merekodkan 5,485 kes harian Covid-19, melibatkan 5,428 kes tempatan iaitu 3,532 kes dalam masyarakat awam dan 1,953 kes yang direkodkan di penjara manakala 57 lagi kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 159,792.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 19 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,031 kematian.

Bangkok masih merekodkan kes tertinggi iaitu 1,356 kes, diikuti Phetchaburi (555), Samut Prakan (358), Saraburi (327) dan Pathum Thani (211).

Dua kluster baharu juga direkodkan iaitu di kem pekerja binaan di Bang Na dan di daerah Sathon.

Sementara itu, Bangkok juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 12 kes manakala setiap satu di Kanchanaburi, Chachoengsao, Chon Buri, Nakhon Ratchasima, Samut Prakan, Samut Sakhon and Nonthaburi. 

Sebanyak 57 kes import pula termasuk melibatkan 55 warga Thai yang pulang dari Kemboja melalui sempadan  Sa Kaeo dan dua lagi dari Maldives dan Russian.

Kes sembuh pula setakat ini 108,345 termasuk 3,101 kes pulih hari ini manakala jumlah yang menerima rawatan adalah 50,416 kes.

Related posts

Leave a Comment