Selangor masih kekal teratas

PUTRAJAYA 31 Mei – Selangor masih mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar kes positif Covid-19 dengan merekodkan 2,111 kes, turun sedikit berbanding 2,477 semalam. Kes harian seluruh negara hari ini adalah 6,824.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 186,926 kes.

Ini diikuti Kelantan 695, Sarawak 654, Johor 489, Kedah 464, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 387.

Tiga negeri merekodkan jumlah kumulatif lebih 50,000 didahului Sabah 62,244, Kuala Lumpur 58,654 dan Kuala Lumpur 58,654.

Sarawak pula merekodkan 47,329 kes.

Related posts

Leave a Comment