10.6 juta lengkapi dua dos

JAKARTA 31 Mei – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia bertambah 5,662 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,821,703.

Lima provinsi menambah kes tertinggi iaitu Jawa Barat 1,316 kes,  Jawa Tengah 881,  Jakarta 726, Riau 473 dan Jawa Timur 249.

Sebanyak 5,121 kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih adalah 1,669,119.

Kes kematian pula merekodkan 174 orang setelah sebelumnya dinyatakan positif Covid-19 menjadikan jumlah meninggal dunia meningkat kepada 50,578 orang.

Sementara itu 16,413,672 warga Indonesia  telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 selepas 108,972 lagi mendapat suntikan itu.

Manakala 47,346 orang lagi menerima dos kedua menjadikan 10.631,835 orang telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing.

Related posts

Leave a Comment