Jemaah tak patuh SOP cetus kluster

KOTA KINABALU 29 Mei – Jemaah yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan wujudnya Kluster Patuma yang sehingga ini menjangkiti 11 orang, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Masidi Manjun. Kluster berkenaan mula direkodkan pada 18 Mei lepas, menerusi saringan bergejala di sebuah klinik swasta. Masidi yang juga jurucakap rasmi berkaitan Covif-19 Sabah berkata, indeks kluster itu merupakan seorang bilal berusia 55 tahun di Masjid Al Falah, Kepayan di sini Dalam kenyataan media malam ini, beliu berkata siasatan awal mendapati individu itu dipercayai mendapat jangkitan daripada jemaah, yang gagal…

Read More

Malaysia dahului anggota ASEAN

PUTRAJAYA 29 Nov. – Malaysia mendahului negara anggota ASEAN lain merekodkan kes harian positif Covid-19 tertinggi dengan 9,020 kes Filipina pula menduduki tempat kedua dengan 7,443 kes diikuti Indonesia 6,565. Malaysia juga merekodkan 76,218 kes aktif, kedua tertinggi selepas Indonesia yang mencatatkan 99,690 kes dan Filipina 53,614. Secara keseluruhan, ASEAN merekodkan 28,844 kes jangkitan baharu hari ini yang turut melonjakkan kes keseluruhan setakat ini 3,977,997.

Read More

26 kluster berpunca sambutan Aidilfitri

PUTRAJAYA 29 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 26 kluster berpunca daripada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri sejak 13 Mei lalu sehingga semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada 4,047 individu yang disaring, 1,019 kes dikenal pasti positif dalam kluster-kluster ini dengan kadar positiviti 25.1 peratus. “Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua kematian dilaporkan sehingga kini dan satu kes sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya…

Read More

Lebih 1 juta terima dua dos vaksin

PUTRAJAYA 29 Mei – Lebih satu juta orang atau 1,014,342 telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Menerusi akaun Twitternya hari ini beliau berkata,seramai 1,771,810 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,786,152 setakat semalam. Katanya, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 138,063 diikuti Sarawak (96,450), Kuala Lumpur (94,397), Perak (90,882) dan Johor (88,240). Setakat semalam, 48.60 peratus atau 11,788,915 individu mendaftar untuk menerima suntikan…

Read More

7,443 kes harian Filipina

MANILA 29 Mei – Jabatan Kesihatan mencatatkan 7,443 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,216,582 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 7,533 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,142,246 atau 93.9 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi tempoh yang sama, 156 dilaporkan meninggal dunia dan menjadikan jumlah kematian 20,722 orang atau 1.70 peratus. Kes aktif pula 53,614 atau 4.4 peratus.

Read More

Thailand catat 4,803 kes baharu

BANGKOK 29 Mei – Thailand merekodkan 4,803 kes baharu Covid-19 hari ini  melibatkan 4,752 kes tempatan termasuk 2,702 yang dikesan di penjara dan 51 lagi kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 149,779. Jumlah kematian pula meningkat kepada 988 orang termasuk 34 kematian yang dilaporkan hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 21 kematian di samping dua masing-masing di Pathum Thani, Chiang Rai dan Samut Prakan, serta masing-masing satu di Phetchaburi, Phetchabun, Nonthaburi, Ayutthaya, Ratchaburi, Songkhla dan Saraburi. Mereka yang meninggal dunia…

Read More

Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 29 Mei – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dalam catatan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 2,836 kes, peningkatan yang agak besar berbanding 2,052 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Selangor setakat ini adalah 182,338, satu-satunya negeri yang melepasi 100,000 kes. Kelantan menduduki tempat kedua dengan 907 kes, juga peningkatan berbanding 851 semalam diikuti Negeri Sembilan 898 juga meningkat berbanding 520, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 789 dan Sarawak 726 . Perlis yang mencatatkan lapan kes semalam hari ini merekodkan 19 kes.

Read More

Kes positif, kematian tertinggi

PUTRAJAYA 29 Mei – Kes kematian harian akibat Covid-19 melonjak kepada 92 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu, angka harian tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kematian di negara ini kini adalah 2,650 kes. Pada masa sama, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan hari ini. Ia menjadikan kes aktif ketika ini adalah 76,218 kes. Kes kematian hari ini melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan…

Read More

9 dikompaun sambut hari jadi

PETALING JAYA 29 Mei – Sembilan individu dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pejabat urusan di Ara Damansara di sini semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam pemeriksaan mengejut pukul 2.50 petang semalam, penganjur majlis dikompaun RM25,000. “Majlis sambutan hari lahir itu diadakan di dalam sebuah bilik, seramai sembilan individu termasuk lima wanita berusia 23 tahun hingga 45 tahun berada di dalam bilik itu,” katanya dalam…

Read More

ASEAN catat 3.94 juta kes

PUTRAJAYA 29 Mei – Setakat semalam, 10 negara anggota ASEAN merekodkan 3.94 juta kes jangkitan Covid-19 dengan lebih 27,000 kes baharu direkodkan manakala jumlah kematian pula mencecah 77,669 orang termasuk 479 kematian baharu. Menurut carta The ASEAN Post, Indonesia mendahului senarai dengan catatan kes tertinggi iaitu 1.8 juta diikuti Filipina 1.2 juta dan Malaysia 549,514. Kecuali Brunei Darussalam, semua negara melaporkan kes baharu dengan Filipina mendahului jumlah kes harian tertinggi iaitu 8,748 kes diikuti Malaysia 8,290 kes dan Indonesia 5,862 kes. Kali terakhir Brunei Darussalam merekodkan kes harian ialah pada…

Read More