Thailand catat 4,803 kes baharu

BANGKOK 29 Mei – Thailand merekodkan 4,803 kes baharu Covid-19 hari ini  melibatkan 4,752 kes tempatan termasuk 2,702 yang dikesan di penjara dan 51 lagi kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 149,779.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 988 orang termasuk 34 kematian yang dilaporkan hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 21 kematian di samping dua masing-masing di Pathum Thani, Chiang Rai dan Samut Prakan, serta masing-masing satu di Phetchaburi, Phetchabun, Nonthaburi, Ayutthaya, Ratchaburi, Songkhla dan Saraburi.

Mereka yang meninggal dunia turut menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang, paru-paru dan stroke.

Sebanyak 16 kematian mendapat jangkitan virus daripada ahli keluarga,  dua daripada kawan dan lima mengunjungi kawasan yang ada kes.

Bangkok mencatatkan 1,054 kes diikuti Samut Prakan (215), Nonthaburi (186), Chon Buri (80), Pathum Thani (65), Phetchaburi (64), Samut Sakhon (43), Trang (37), Songkhla (31) dan Nakhon Pathom (26).

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Arab Saudi (tiga wanita Thailand), Serbia (wanita Serbia) dan Kemboja (34 wanita dan 12 lelaki Thai). Seorang lagi warga Thai yang pulang dari Kemboja melalui sempadan di wilayah Sa Kaeo.

Setakat tengah hari ini, sebanyak 46,480 pesakit masih di hospitals di mana 1,221 dalam keadaan serius dan 406 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment