Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 29 Mei – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dalam catatan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 2,836 kes, peningkatan yang agak besar berbanding 2,052 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Selangor setakat ini adalah 182,338, satu-satunya negeri yang melepasi 100,000 kes.

Kelantan menduduki tempat kedua dengan 907 kes, juga peningkatan berbanding 851 semalam diikuti Negeri Sembilan 898 juga meningkat berbanding 520, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 789 dan Sarawak 726 .

Perlis yang mencatatkan lapan kes semalam hari ini merekodkan 19 kes.

Related posts

Leave a Comment