ASEAN catat 3.94 juta kes

PUTRAJAYA 29 Mei – Setakat semalam, 10 negara anggota ASEAN merekodkan 3.94 juta kes jangkitan Covid-19 dengan lebih 27,000 kes baharu direkodkan manakala jumlah kematian pula mencecah 77,669 orang termasuk 479 kematian baharu.

Menurut carta The ASEAN Post, Indonesia mendahului senarai dengan catatan kes tertinggi iaitu 1.8 juta diikuti Filipina 1.2 juta dan Malaysia 549,514.

Kecuali Brunei Darussalam, semua negara melaporkan kes baharu dengan Filipina mendahului jumlah kes harian tertinggi iaitu 8,748 kes diikuti Malaysia 8,290 kes dan Indonesia 5,862 kes.

Kali terakhir Brunei Darussalam merekodkan kes harian ialah pada 27 Mei lalu, melibatkan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan setakat 241 kes.

Malaysia juga merekodkan kes aktif kedua tertinggi iaitu 72,823 di belakang Indonesia yang merekodkan 98,704 dan Filipina 53,770.

Sementara itu kes sembuh yang direkodkan setakat ini adalah 3.58 juta dengan kes aktif pula 291,210.

Related posts

Leave a Comment