9 dikompaun sambut hari jadi

PETALING JAYA 29 Mei – Sembilan individu dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pejabat urusan di Ara Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam pemeriksaan mengejut pukul 2.50 petang semalam, penganjur majlis dikompaun RM25,000.

“Majlis sambutan hari lahir itu diadakan di dalam sebuah bilik, seramai sembilan individu termasuk lima wanita berusia 23 tahun hingga 45 tahun berada di dalam bilik itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, majlis sambutan hari lahir tersebut merupakan aktiviti yang dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

“Kesemua individu yang diperiksa dikenakan kompaun di bawah Peraturan 9, iaitu aktiviti terlarang,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Related posts

Leave a Comment