Saringan percuma kesan 2,233 positif

SHAH ALAM 28 Mei – Seramai 2,233 daripada 50,898 rakyat Selangor yang menyertai program saringan Covid-19 percuma kerajaan negeri didapati positif setakat 26 Mei lalu.

Menteri Besar, Amirudin Shari melalui akaun Twitter berkata program akan diteruskan ke daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Daripada jumlah itu, DUN Seri Setia merekodkan jumlah positif Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu 171 daripada 2,445 orang yang menjalani saringan.

Ini diikuti DUN Gombak Setia (167 orang), Taman Templer (161 orang), DUN Hulu Kelang (146 orang), dan DUN Subang Jaya (130 orang).

Related posts

Leave a Comment