2.59 bilion dos disuntik

SETAKAT semalam, Ahad 20 Jun, sebanyak lebih 2.59 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, China mendahului dengan lebih 1 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat (AS) 317 juta dos manakala India 276 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos adalah Brazil dan melebihi 70 juta dos, United Kingdom (UK).

Jerman merekodkan 65 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 47 dan 45 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 35 juta,diikuti Filipina dan Thailand melebihi 7 juta dos.

Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment