11.06 juta daftar vaksin

PUTRAJAYA 27 Mei – Seramai 11.06 juta penduduk di negara ini sudah mendafarkan diri untuk menerima vaksin Covid-19.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikemaskini pada Rabu menunjukkan Putrajaya mencatatkan pendaftaran 100 peratus atau 63,431 jumlah populasi yang disasarkan.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 62.03 peratus, Selangor 60.12 peratus, Sarawak 57.05 peratus dan Wilayah Persekutan Labuan 54.23 peratus.

Manakala negeri-negeri yang mencatatkan pendaftaran bawah 50 peratus adalah Johor 47.48 peratus, Melaka 49.18 peratus dan Perak 40.67 peratus.

Perlis, Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan pula mencatatkan pendaftaran bawah 40 peratus.

Negeri terendah pendaftaran vaksin adalah Sabah dengan 17.76 peratus atau hanya 520,925 penduduk.

Related posts

Leave a Comment