Nilai R-naught kekal 1.20

PUTRAJAYA 26 Mei – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia semalam (Selasa) tidak menunjukkan perubahan.

Ia mencatat nilai 1.20, kekal sama pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Wilayah Persekutuan Labuan terus mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.94.

Diikuti Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Sabah, Putrajaya.

Ini termasuk Perak, Kedah, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment