PKPD di pelbagai tempat, negeri

KUALA LUMPUR 20 Mei –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperluaskan di beberapa lokaliti, mukim dan daerah di seluruh negara berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media memaklumkan langkah itu terpaksa diambil bagi mengawal penularan penyakit.

Berikut adalah pecahan pelaksanaan PKPD yang diumumkan hari ini:

TERENGGANU (22 Mei sehingga 4 Jun 2021)

– 15 mukim dalam daerah Besut, Terengganu:

Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

PAHANG (22 Mei sehingga 4 Jun 2021)

– Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang

– 7 lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang (*PKPD dilanjutkan sehingga 4 Jun 2021)

• Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Aman, Taman Emas Baru, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sempalit Baru dan Taman Emas.

– 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang (*PKPD dilanjutkan sehingga 4 Jun 2021)

• Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Mawar, Taman Melor, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Matahari, Taman Mawar Impian, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Koperasi Mewah, Taman Bunga Tanjung, Rumah Murah Sungai Ruan, Taman Sungai Ruan, Taman Melewar, Taman Bunga Angsana dan Kampung Baru Sungai Ruan.

KELANTAN (22 Mei sehingga 4 Jun 2021)

– Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

– Kepulauan Tumpat (melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Hj Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri), Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan

PERAK (22 Mei sehingga 4 Jun 2021)

– 4 Mukim iaitu:
 Daerah Hulu Perak (Mukim Pengkalan Hulu),  Daerah Larut, Matang dan Selama (Mukim Taiping), Daerah Kinta (Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) dan  Daerah Muallim (Mukim Hulu Bernam Timur)

SABAH (22 Mei sehingga 4 Jun 2021)

– Kampung Idani, Semporna, Sabah

– Kampung Pisang, Tawau, Sabah

– Kampung Getah, Kampung Getah Tengah & Taman Kunak Jaya, Kunak, Sabah

– Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis, Papar, Sabah (PKPD dilanjutkan sehingga 3 Jun 2021)

SARAWAK (22 Mei sehingga 4 Jun 2021)

– Kampung Boyan, Kuching, Sarawak

JOHOR (sehingga 21 Mei 2021)

– Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

Related posts

Leave a Comment