Kes positif, kematian tertinggi

PUTRAJAYA 20 Mei – Kes harian Covid-19 sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 6,806 jangkitan baharu berbanding 6,075 semalam menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 492,302.

Dalam tempoh yang sama, jumlah korban akibat Covid-19 juga meningkat dengan pertambahan 59 kematian baharu mejadikan jumlah kumulatifnya 2,099 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, terdapat dua kes yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 50,171 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 587 orang dan daripada jumlah itu, 330 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka pesakit sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 3,916 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 440,032.

Related posts

Leave a Comment