1.5 juta tetap mudik lebaran

JAKARTA 19 Mei – Presiden Indonesia, Joko Widodo mengingatkan ketua-ketua daerah memantau situasi pandemik Covid-19 berikutan terdapat pergerakan mudik lebaran baru-baru ini walaupun larangan dikeluarkan.

Menurut Jokowi, beliau memperoleh data, bahawa sebanyak 1.5 juta orang tetap pulang ke kampung halaman masing-masing dalam tempoh 6 hingga 17 Mei dan ini memerlukan langkah yang cepat dan pantas bagi mengekang wabak.

“Pengalaman selama ini, kasus penularan Covid-19 selalu meningkat selepas masa libur panjang. Kita harus upayakan agar peningkatan kasus aktif tidak terjadi sebesar tahun-tahun sebelumnya, “ katanya melalui hantaran Facebooknya

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 899,639 kenderaan melintasi Tol Trans-Sumatera ketika larangan mudik.

Begitu juga dengan trafik pesawat di mana pada tempoh larangan lebaran terdapat 2.556 pergerakan pesawat, dan trafik kargo sebesar 8.634.702 kilogram (kg).

Related posts

Leave a Comment