Singapura kecewa komen KM Delhi

SINGAPURA 19 Mei – Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan rasa kecewa kepada Pesuruhjaya Tinggi India berhubung komen yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal mengenai satu varian Covid-19 yang kononnya dikesan di Singapura.

Dalam kenyataannya hari ini, MFA  “menyesali kenyataan yang tidak berasas” di Facebook dan Twitter oleh Kejriwal yang mendakwa bahawa “sejenis varian Covid-19 yang dikesan di Singapura sangat membahayakan kanak-kanak dan berupaya mencetuskan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 di India”.

“MFA kecewa kerana seorang tokoh politik terkemuka gagal memastikan kesahihan faktanya sebelum membuat dakwaan seumpama itu,” tegas MFA.

MFA sudah bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi India P Kumaran pagi tadi untuk menyuarakan keprihatinannya.

Komen-komen Kejriwal itu dikeluarkan pada Selasa. Pada hari yang sama, Kementerian Kesihatan (MoH) menegaskan bahawa “tidak ada kebenaran sama sekali” dalam dakwaan tersebut yang turut diterbitkan oleh agensi-agensi berita seperti Hindustan Times and NDTV di India.

Menteri Ehwal Luar Singapura, Vivian Balakrishnan turut memberikan responsnya terhadap komen-komen Encik Kejriwal di Twitter:

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Luar India, Dr. S. Jaishankar, menjelaskan Singapura dan India mempunyai hubungan yang erat bagi memerangi Covid-19 dan beliau menghargai sumbangan Singapura termasuk bekalan oksigen.

Katanya, sebarang komen yang tidak bertanggungjawab daripada mereka yang sepatutnya lebih tahu boleh merosakkan hubungan yang sudah lama wujud

“Biar saya jelaskan, Ketua Menteri Delhi tidak bercakap bagi pihak India,” kata

Dr. Jaishankar melalui Twitter.

Related posts

Leave a Comment