Kes baharu Saudi lepasi 1,000 kes

RIYADH 18 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kes di bawah angka 900, Arab Saudi hari ini kembali melepasi 1,000 apabila merekodkan 1,047 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 435,027 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, 14 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,188 kematian.

Sebanyak 847 kes dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit pulih meningkat kepada 419,761

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 326 kes diikuti Makkah 250 dan daerah Timur 122 kes.

Terdapat 8,078 kes aktif dan 1,384 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment