Sembuh 1.6 juta, positif 1.7 juta

JAKARTA 18 Mei – Lebih 1.6 juta yang dijangkiti Covid-19 di Indonesia dilaporkan sembuh manakala jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada lebih 1.7 juta dengan kes aktif pula sebanyak 87,514. Hari ini, sebanyak 5,628 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,612,239 manakala kes positif pula mencapai 1,748,230 orang berikutan 4,185 kes baharu. Angka kematian pula merekodkan 172 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,477 meninggal dunia. Sementara itu, Jawa Barat mendahului kes sembuh, kes positif dan kematian tertinggi hari ini. Kes sembuh tertinggi direkodkan Jawa Barat sebanyak…

Read More

Kes baharu Saudi lepasi 1,000 kes

RIYADH 18 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kes di bawah angka 900, Arab Saudi hari ini kembali melepasi 1,000 apabila merekodkan 1,047 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 435,027 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 14 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,188 kematian. Sebanyak 847 kes dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit pulih meningkat kepada 419,761 Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 326 kes diikuti Makkah 250 dan daerah Timur 122 kes. Terdapat 8,078 kes aktif dan…

Read More

India lepasi 25 juta kes

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 di India melepasi 25 juta, pada 18 Mei, menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat menjangkau jumlah itu sejak pandemik Covid-19 bermula lebih setahun lalu. Bagaimanapun jumlah kes baharu di India semakin berkurangan dan berada di bawah 300,000 sejak beberapa hari lalu. Pada Selasa, India melaporkan lebih 263,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari 18 Mei.. Dalam dalam tempoh itu juga jumlah kematian kerana Covid-19 bertambah 4,300, yang tertinggi dalam sehari. Secara umumnya jumlah jangkitan baharu di India berkurangan kira-kira 10,000 sehari sepanjang 10 hari…

Read More

PKPD di tiga lokaliti

KUALA LUMPUR 18 Mei – Mukim Pelagat di Besut, Terengganu serta Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong di Tanjung Manis, Mukah, Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, bagi Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong, sebanyak lima kes positif direkodkan dalam tempoh empat hari ujian saringan bergejala dan kontak rapat kes positif.Katanya, bagi 13 kampung di Mukim Pelagat, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 199 kes positif Covid-19 daripada 1,092 ujian saringan.“KKM…

Read More

Kereta api laju Jakarta siap 2022

JAKARTA 18 Mei – Kereta api laju di Pulau Jawa yang menghubungkan Jakarta – Bandung dalam tempoh 46 minit dijangka mula beroperasi tahun depan, kata Presiden Indonesia Joko Widodo. Setakat ini kata Jokowi, pembangunan projek itu  telah mencapai 73 peratus . “Jika tak ada aral melintang, pembangunan kereta cepat Jakarta-Bandung selesai pada akhir tahun 2022 dan bisa diujicobakan,” katanya melalui Facebooknya hasil lawatan ke projek itu. Projek yang dibangunkan syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) bermula 2019 itu melibatkan kos sebanyak US$6.071 bilion atau sekitar Rp 88.4 triliun dan bakal menjadi projek…

Read More

Negeri boleh beli vaksin sendiri

PUTRAJAYA 18 Mei – Kerajaan negeri dibenarkan membeli vaksin sendiri dengan syarat mendapat kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) dan diperoleh daripada syarikat farmaseutikal yang sama dibeli melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Bagaimanapun Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan syarat perjanjian di antara kerajaan Persekutuan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin berkenaan, pembekalan stok vaksin yang telah ditempah perlu dan akan didahulukan kepada kerajaan (Persekutuan). Langkah itu bagi memastikan pelaksanaan PICK sebelum diberi kepada mana-mana pihak lain. “Ia termasuk kerajaan negeri, pihak industri atau hospital swasta yang…

Read More

“Gelombang kali ini lebih bahaya”

PUTRAJAYA 18 Mei – Kemunculan varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan Covid-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.berkata, varian-varian VOC itu juga merebak dengan lebih cepat dan dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan. Ada sebahagian daripada pesakit ini tidak menunjukkan gejala-gejala awal Covid-19…

Read More

4,865 kes, 47 kematian

PUTRAJAYA 18 Mei – Sebanyak 4,865 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 479,421 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kematian juga terus meningkat dengan 47 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,994 kes. Kematian hari ini melibatkan 18 kes di Selangor, diikuti Sarawak (5), Pulau Pinang (5) Johor (4), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4),  Kelantan (4), Perak (3), Pahang (2) serta masing-masing satu di Kedah dan Negeri Sembilan. Beliau juga memberitahu sebanyak 3,497 kes sembuh baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 432,600…

Read More

Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 18 Mei – Selangor terus merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi apabila merekodkan 1,743 kes baharu hari ini. Berbanding semalam, Selangor mencatatkan 1,650 kes dan ini menunjukkan peningkatan hampir 100 kes. Setakat ini jumlah kumulatif kes yang direkodkan Selangor adalah 157,056 kes. Sarawak pula turut mencatatkan peningkatan dengan 512 berbanding 433 semalam, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 477 (297 semalam), Johor 407 (391j dan Kelantan 406 (343).

Read More

110 kematian di Filipina

MANILA 18 Mei –  Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,487 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,154,388 kes. Detakat pukul 4 petang ini, 110 kematian dilaporkan dan ini membawa kepada 19,372 orang meninggal dunia. Bagaimanapun kes sembuh menunjukkan peningkatan apabila jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,082,725 orang termasuk 6,383 yang dilaporkan pulih hari ini. Kes aktif pula sebanyak 52,291 atau 4.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More