India lepasi 25 juta kes

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 di India melepasi 25 juta, pada 18 Mei, menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat menjangkau jumlah itu sejak pandemik Covid-19 bermula lebih setahun lalu.

Bagaimanapun jumlah kes baharu di India semakin berkurangan dan berada di bawah 300,000 sejak beberapa hari lalu.

Pada Selasa, India melaporkan lebih 263,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari 18 Mei..

Dalam dalam tempoh itu juga jumlah kematian kerana Covid-19 bertambah 4,300, yang tertinggi dalam sehari.

Secara umumnya jumlah jangkitan baharu di India berkurangan kira-kira 10,000 sehari sepanjang 10 hari lalu.

Keadaan penularannya yang semakin perlahan itu dipercayai hasil tindakan kepungan yang dikuatkuasakan di bandar-bandar utamanya.

Pertambahan kes harian yang lebih rendah sekali gus mengurangkan sedikit beban yang ditanggung hospital-hospital India.

Di bandar Mumbai, hospital-hospitalnya kini mempunyai lebih banyak katil kosong untuk para pesakit Covid-19.

Related posts

Leave a Comment