Thailand lepasi 100,000 kes

BANGKOK 16 Mei – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Thailand kini melepasi 100,000 kes apabila 2,302 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan 101,447 kes.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, 2,279 adalah kes tempatan manakala 23 adalah kes import.

Sebanyak 24 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian setakat ini 589 orang.

Sementara itu, sebanyak 2,136 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 65,803 orang.

Kes aktif yang sedang menerima rawatan pula adalah sebanyak 35,055.

Sementara itu, mulai esok, Thailand mengenakan beberapa peraturan baharu perintah kawalan dengan membahagikan wilayah kepada  zon merah gelap, zon merah dan zon jingga.

Empat wilayah diletakkan di bawah zon merah gelap iaitu Bangkok, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakarn, 17 wilayah di zon merah dan 56 wilayah di zon jingga.

Beberapa peraturan yang diperkenalkan termasuk meliputi had perhimpunan sosial, waktu pembukaan restoran, operasi pusat membeli belah dan institusi pendidikan.

Pub, bar dan karaoke tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.

Related posts

Leave a Comment