Singapura mula ambil langkah

SINGAPURA 4 Mei – Mulai 8;Mei ini, Singapura mengenakan beberapa langkah Covid-19 Fasa 2 bagi membendung penularan pandemik Covid-19 berikutan peningkatan kes baharu dalam masyarakat. Menteri Pendidikan Lawrence Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan langkah-langkah itu akan dilaksanakan sehingga 30 Mei. “Kami berharap tidak perlu menguatkuasakan satu lagi langkah pemutus rantaian jangkitan tetapi kami mengusulkan beberapa langkah yang ketat supaya kita dapat memberi tindak balas yang tangkas dan awal,” katanya. Langkah tersebut termasuk, jumlah orang yang boleh berkumpul dikurangkan kepada lima orang berbanding…

Read More

Saringan percuma di Selangor

SHAH ALAM 4 Mei – Selangor akan melaksanakan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN di Selangor bermula 8 Mei ini hingga 10 Jun depan. Menteri Besar Amirudin Shari berkata program di bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 peringkat negeri itu akan dimulakan dengan DUN Kajang dan DUN Semenyih, Sabtu ini. Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, beliau berkata program ini akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat negeri Selangor yang berisiko, pernah menjadi kontak dengan pesakit Covid-19, bergejala dan juga rakyat yang bimbang…

Read More

Selangor terus mendahului

PUTRAJAYA 4 Mei -=Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 675 kes (21.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 493 kes (73.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 620 kes (19.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes (13.1 peratus). Selangor: 675 kes 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taming Jaya; 458 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 182 kes daripada lain-lain saringan…

Read More

17 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 4 Mei – Sebanyak  17 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, dan satu kluster keagamaan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster 1,706 dan daripada jumlah itu, 1,301 kluster telah tamat termasuk 10 yang tamat hari ini Kluster tamat hari ini adalah  Kluster Jalan Murni Satu, Kluster Fasa Dua Semarak, Kluster Gong Kulim, Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Batu 22, Kluster DTI Juru, Kluster Lintang Bayan Lepas, Kluster Jalan Pelabuhan, Kluster Integrasi Rawang…

Read More

23 kematian, 3,120 kes baharu

PUTRAJAYA 4 Mei – Sebanyak 3,120 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 420,632 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 3,120 kes baharu itu, 3,114 merupakan kes penularan tempatan iaitu 2,918 warganegara dan 196 bukan warganegara,. Manakala baki enam kes adalah kes import dengan satu warganegara dan lima bukan warganegara. Dr Noor Hisham juga memaklumkan, jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 31,516 dengan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi sebanyak 338 dan 181 pesakit menerima alat bantuan pernafasan. Beliau juga menjelaskan,…

Read More

PKP di enam daerah Selangor

KUALA LUMPUR 4 Mei – Larangan rentas negeri sudah pasti dan hari ini, penduduk di enam daerah di Selangor dilarang rentas daerah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai 6 hingga 17 Mei ini. Enam daripada sembilan daerah terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Ujarnya, keputusan itu mengambil kira peningkatan kes Covid-19 yang mendadak serta bagi memutuskan penularan jangkitan…

Read More

Jumlah kematian di Thailand 303

BANGKOK 4 Mei – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Thailand mencecah 300 apabila 27 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 303 orang. Kes baharu pula sebanyak 1,763 yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 72,788 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan 21 lelaki dan enam wanita berusia antara 25 hingga 92 tahun. Lapan daripada mangsa dari Bangkok, lima dari wilayah Nonthaburi, masing-masing dua dari Lamphun dan Samut Prakan manakala satu masing-masing dari Chon Buri, Ubon Ratchathani, Pathum Thani, Nakhon Pathom, Buri Ram, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Kamphaeng Phet,…

Read More

Kes di India cecah 20.28 juta

NEW DELHI: Kementerian Kesihatan India merekodkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan baharu pada Selasa (4 Mei). Di samping itu, 3,449 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 222,408. Sejak 1 Mei, terdapat sedikit penurunan selepas negara itu mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu 400,000 kes. Negara itu mencatatkan 392,488 kes pada Ahad dan 368,147 kes pada Isnin (3 Mei).  India ketika ini bergelut dengan peningkatan kes sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh di mana hospital kekurangan katil, bekalan oksigen dan ubat-ubatan. Kebanyakan…

Read More