Singapura mula ambil langkah

SINGAPURA 4 Mei – Mulai 8;Mei ini, Singapura mengenakan beberapa langkah Covid-19 Fasa 2 bagi membendung penularan pandemik Covid-19 berikutan peningkatan kes baharu dalam masyarakat.

Menteri Pendidikan Lawrence Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan langkah-langkah itu akan dilaksanakan sehingga 30 Mei.

“Kami berharap tidak perlu menguatkuasakan satu lagi langkah pemutus rantaian jangkitan tetapi kami mengusulkan beberapa langkah yang ketat supaya kita dapat memberi tindak balas yang tangkas dan awal,” katanya.

Langkah tersebut termasuk, jumlah orang yang boleh berkumpul dikurangkan kepada lima orang berbanding lapan orang sekarang, setiap individu dinasihatkan supaya mengehadkan perhimpunan sosial kepada dua kali sehari.

Jumlah pengunjung ke rumah setiap hari dikurangkan kepada lima orang manakala di tempat kerja, majikan perlu memastikan bahawa jumlah pekerja di tempat kerja tidak melebihi 50 peratus iaitu lebih rendah berbanding 75 peratus sekarang.

Gimnasium dan studio kecergasan akan ditutup dan tiada acara sukan yang diadakan besar-besaran dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Majlis perkahwinan sehingga 250 tetamu masih boleh dijalankan tetapi ujian sebelum acara berlangsung perlu dijalankan bagi majlis yang melibatkan lebih 100 tetamu.

Sementara itu, pengunjung yang tiba di Singapura bermula 8 Mei, dengan sejarah perjalanan dari negara berisiko lebih tinggi, perlu menjalani Notis Jangan keluar Rumah (SHN) di kemudahan ditetapkan selama 21 hari.

Bagi pengunjung yang sedang menjalani SHN selama 14 hari dan masih belum menamatkannya menjelang 8 Mei, mereka harus menjalani tambahan SHN selama tujuh hari lagi.

Wong berkata, ini bukan ‘circuit breaker’ (langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment