23 kematian, 3,120 kes baharu

PUTRAJAYA 4 Mei – Sebanyak 3,120 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 420,632 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 3,120 kes baharu itu, 3,114 merupakan kes penularan tempatan iaitu 2,918 warganegara dan 196 bukan warganegara,.

Manakala baki enam kes adalah kes import dengan satu warganegara dan lima bukan warganegara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 31,516 dengan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi sebanyak 338 dan 181 pesakit menerima alat bantuan pernafasan.

Beliau juga menjelaskan, jumlah kes sembuh pada 4 Mei adalah sebanyak 2,334 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 387,542 kes.

Sebanyak  23 kematian direkodkan dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 1,574 kes.

Related posts

Leave a Comment