PKP di enam daerah Selangor

KUALA LUMPUR 4 Mei – Larangan rentas negeri sudah pasti dan hari ini, penduduk di enam daerah di Selangor dilarang rentas daerah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai 6 hingga 17 Mei ini.

Enam daripada sembilan daerah terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Ujarnya, keputusan itu mengambil kira peningkatan kes Covid-19 yang mendadak serta bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19.

Dengan pengumuman PKP itu, maka pergerakan rentas daerah dan negeri bagi enam daerah berkenaan adalah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan, kematian dan melibatkan urusan kerja.

“SOP PKP sama seperti SOP PKP di kawasan lain seperti di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” ujarnya lagi.

Related posts

Leave a Comment