Saudi catat 953 kes baharu

JEDDAH 3 Mei – Arab Saudi merekodkan 953 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 420,301. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 6,992 termasuk 13 lagi yang dilaporkan hari ini. Kementerian juga merekodkan 1,038 kes sembuh yang membawa kepada jumlah kes sembuh meningkat kepada 403,702. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 386 kes harian diikuti Makkah 244 dan daerah Timur 177. Kes aktif pula 9,607 di mana 1,359 kritikal.

Read More

4,730 kes harian di Indonesia

JAKARTA 3 Mei – Indonesia merekodkan 4,730 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,682,004 dengan angka kematian pula meningkat kepada 45,949 termasuk 153 kes baharu. Pada masa yang sama kes sembuh meningkat kepada 1,535,491 dengan pertambahan 4,773 pesakit yang pulih manakala kes aktif pula sebanyak 100,564. Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat yang merekodkan 944 kes diikuti Jakarta 687, Jawa Tengah 599, Riau 398 dan Yogyakarta menambah 332 orang. Sementara bagi kes positif, Jawa Barat merekodkan 1,292 kes dengan jumlah kumulatifnya 283,923, Jakarta 757,…

Read More

Neelofa cetus kontroversi lagi

NILAI 3 Mei – Selebriti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa ‘merentas negeri’ ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan. Semalam, Ahad, Neelofa dipercayai memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya. Tindakan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet dengan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Neelofa…

Read More

Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 3 Mei – Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan  tempat kerja, dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM dan satu kluster pusat tahanan. Ini menjadikan jumlah kluster 1,689 kluster dan daripada jumlah ini, 1,291 kluster telah tamat termasuk tujuh hari ini iaitu Kluster Kalindukan, Kluster Merinding, Kluster Tanjung Genting, Kluster Bunga Tanjung Bendahara, Kluster DTI Jalan Duta, Kluster Jalan Dahlia 22, dan Kluster Taman Komersial. Sebanyak 398 kluster masih aktif di mana 74 kluster menambah kes baharu termasuk…

Read More

Selangor masih mendahului kes harian

PUTRAJAYA 3 Mei – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 637 kes (25.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 541 kes (84.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 401 kes (16.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 356 kes (14.2 peratus). Perincian 2,500 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Mei 2021 adalah seperti berikut:  Selangor: 637 kes 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Mahkota 2;…

Read More

Kes turun kepada 2,500

PUTRAJAYA 3 Mei – Kes baharu Covid-19 hari ini turun ke bawah angka 3,000 dengan 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes. Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kematian direkodkan menjadikan 1,551 orang manakala kes sembuh meningkat kepada 385,208 termasuk 2,068 yang sembuh hari ini.

Read More

Angkara rentas negeri makan kenduri?

KOTA BHARU 3 Mei – Kehadiran varian South African B.1.351 di Kelantan dipercayai hasil rentas negeri penduduk negeri itu yang hadir kenduri di Kuala Lumpur. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata sehingga semalam sebanyak 10 kes dikesan membabitkan varian berkenaan daripada Kluster Bunut Sarang Burung. “Mungkin rakyat Kelantan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri sebelum membawa balik varian berkenaan,” katanya. Beliau berkata, dalam kes tercetus dari pergerakan rentas negeri, tidak boleh menyalahkan perantau semata-mata kerana ia membabitkan kedua-dua pihak iaitu rakyat Kelantan yang…

Read More

368,147 kes baharu di India

NEW DELHI: India mencatatkan 368,147 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah 19,926,000 kes. Selain itu, lebih 3,400 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad, menjadikan jumlah korban menghampiri 219,000. Sejumlah 3.4 juta kes aktif direkodkan peningkatan sekitar 64,000, manakala hampir 16.3 juta pesakit sembuh. Angka kes harian terus meningkat di negara tersebut, dan pemerintah melaksanakan langkah-langkah baharu untuk membendung penularan termasuk membatal peperiksaan atau ditunda berikutan keadaan yang semakin buruk. India memulakan kempen vaksinasi pada Januari, dan setakat ini lebih 157 juta dos telah diberikan.…

Read More

Pfizer-BioNTech, AstraZeneca vaksin haji

KUALA LUMPUR 3 Mei – Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu. Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi, sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan. Mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata perkara itu akan dibawa ke…

Read More