PUTRAJAYA 3 Mei – Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan tempat kerja, dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM dan satu kluster pusat tahanan.
Ini menjadikan jumlah kluster 1,689 kluster dan daripada jumlah ini, 1,291 kluster telah tamat termasuk tujuh hari ini iaitu Kluster Kalindukan, Kluster Merinding, Kluster Tanjung Genting, Kluster Bunga Tanjung Bendahara, Kluster DTI Jalan Duta, Kluster Jalan Dahlia 22, dan Kluster Taman Komersial.
Sebanyak 398 kluster masih aktif di mana 74 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Jalan Padang Tembak (85 kes), Kluster Sebatu (47 kes), dan Kluster Kampung Batu Sembilan (37 kes).
Perincian sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER LORONG GALING
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-408655) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Lorong Galing 29, Kuantan. Sehingga 3 Mei, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.
- KLUSTER JALAN DAHLIA LIMA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-390165) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Dahlia 5, Taman Bunga Raya, Melaka Tengah. Sehingga 3 Mei, sejumlah 101 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.
- KLUSTER BUNGA RAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398299) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Bunga Raya, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 3 Mei, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.
- KLUSTER INDUSTRI MAHKOTA 2
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Mahkota, Pekan Sungai Manggis, Kuala Langat. Sehingga 3 Mei, sejumlah 1,350 individu telah disaring, di mana 121 kes dikesan positif.
- KLUSTER JALAN JATI INDUSTRI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-402884) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jati, Taman Perindustrian Tiram Utama, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 3 Mei, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif.
- KLUSTER TOK HAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut dan Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401570) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Kampung Tok Has, Jerteh, Besut. Sehingga 3 Mei, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif.
- KLUSTER JALAN BANDAR
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-391252) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bandar, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 3 Mei, sejumlah 197 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif.
- KLUSTER INDERA MAHKOTA DUA
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-395683) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Lorong Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 3 Mei, sejumlah 562 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.
- KLUSTER JALAN MERU UTAMA
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar, serta Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan sebelum masuk ke sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Meru Utama 2, Jelapang, Ipoh. Sehingga 3 Mei , sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 40 kes dikesan positif.