NEW DELHI: India mencatatkan 368,147 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah 19,926,000 kes.
Selain itu, lebih 3,400 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad, menjadikan jumlah korban menghampiri 219,000.
Sejumlah 3.4 juta kes aktif direkodkan peningkatan sekitar 64,000, manakala hampir 16.3 juta pesakit sembuh.
Angka kes harian terus meningkat di negara tersebut, dan pemerintah melaksanakan langkah-langkah baharu untuk membendung penularan termasuk membatal peperiksaan atau ditunda berikutan keadaan yang semakin buruk.
India memulakan kempen vaksinasi pada Januari, dan setakat ini lebih 157 juta dos telah diberikan.
Fasa ketiga vaksinasi untuk warga berusia 18 tahun ke atas bermula Sabtu lalu.
Sementara itu, sebanyak 291.6 juta ujian saringan sudah dilakukan setakat ini dan pada Ahad sahaja lebih setengah juta ujian dilakukan, menurut data terbaru Majlis Penyelidikan Perubatan India.
Di New Delhi, bandar raya paling terjejas menyaksikan lebih 20,000 kes baharu dan 407 kematian pada Ahad.
Menurut Jabatan Kesihatan bandar raya itu setakat ini hampir 17,000 orang meninggal dunia akibat Covid-19.