Selangor masih mendahului kes harian

PUTRAJAYA 3 Mei – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 637 kes (25.5 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 541 kes (84.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 401 kes (16.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 356 kes (14.2 peratus).

Perincian 2,500 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Mei 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 637 kes
    • 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Mahkota 2;
    • 454 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 401 kes 
    • 140 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 206 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 356 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 231 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 205 kes  
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bandar dan Kluster Jalan Jati Industri;
    • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 200 kes  
    • 133 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 194 kes 
    • 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif    COVID-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 103 kes
    • 73 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bunga Raya;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment