Angkara rentas negeri makan kenduri?

KOTA BHARU 3 Mei – Kehadiran varian South African B.1.351 di Kelantan dipercayai hasil rentas negeri penduduk negeri itu yang hadir kenduri di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata sehingga semalam sebanyak 10 kes dikesan membabitkan varian berkenaan daripada Kluster Bunut Sarang Burung.

“Mungkin rakyat Kelantan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri sebelum membawa balik varian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, dalam kes tercetus dari pergerakan rentas negeri, tidak boleh menyalahkan perantau semata-mata kerana ia membabitkan kedua-dua pihak iaitu rakyat Kelantan yang berkunjung ke luar, selain orang luar masuk ke Kelantan.

Beliau juga memberitahu kadar kebolehjangkitan atau Rt tinggi di Kelantan kerana pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di rumah.

Beliau berkata, sehingga kini seramai 2,000 penduduk menjalani kuarantin di rumah selepas Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) penuh.

Katanya, kadar kematian akibat Covid-19 di Kelantan juga tinggi dengan 60 kematian direkodkan setakat ini.

Related posts

Leave a Comment