PUTRAJAYA 3 Mei – Kes baharu Covid-19 hari ini turun ke bawah angka 3,000 dengan 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kematian direkodkan menjadikan 1,551 orang manakala kes sembuh meningkat kepada 385,208 termasuk 2,068 yang sembuh hari ini.