Fauci cadang perintah berkurung

INDIA seharusnya mengenakan perintah berkurung untuk beberapa minggu bagi meredakan kenaikan mendadak kes Covid-19 di negara itu, kata Ketua Penasihat Pandemik Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci.

Di samping itu, perkara utama yang perlu dipastikan dalam masa terdekat adalah untuk mendapatkan bekalan oksigen dan peralatan perubatan yang mencukupi.

Jelasnya, dasar untuk perintah darurat juga perlu dilaksanakan dalam usaha membendung wabak itu bagi memastikan penularan dapat dikurangkan.

Memetik laporan akhbar Indian Express pada Sabtu, beliau berkata, perintah penutupan tidak perlu tutup hingga sampai enam bulan.

“Kita boleh kenakan penutupan sementara bagi menghentikan kitaran penularan.

“Tiada siapa suka negara ditutup. Tetapi jika ia hanya untuk beberapa minggu, kita mungkin boleh dapat kesan yang signifikan terhadap dinamika wabak itu,” kata Fauci.

Terdahulu, kerajaan India yang dipimpin Narendra Modi menolak untuk mengenakan perintah berkurung selepas perintah berkurung setahun yang lalu menyebabkan impak ekonomi yang buruk.

India mencatatkan lebih 400,000 kes jangkitan baharu pada Sabtu dan sebanyak tujuh juta kes jangkitan dalam bulan April.

Beberapa negeri telah mengenakan sekatan pergerakan dan larangan aktiviti terutama di wilayah barat iaitu Maharashtra dan New Delhi.

Ia turut menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara itu berada pada tahap kritikal.

Related posts

Leave a Comment