Indonesia catat 1.6 juta kes

JAKARTA  2 Mei – Indonesia merekodkan 4,394 kes baharu Covid-19 hari ini dengan  kematian seramai 144 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,677,274 kes dan 45.796 orang Pesakit sembuh pula seramai 3,740 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,530,718 dengan kes aktif daripada 100,760. Mengenai program vaksinasi Covid-19 per hari ini, seramai 13.901 lagi menerima vaksin menjadikan jumlah penerima meningkat kepada 12.457.164.

Read More

Saudi catat 937 kes harian

JEDDAH 2 Mei – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian, Arab Saudi hari ini merekodkan 937 kes menjadikan jumlah keseluruhan 419,348. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula 11 orang, sama seperti semalam menjadikan jumlah keseluruhan 6,979 kematian. Pada masa yang sama, kementerian melaporkan 1,120 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 402,664 orang manakala kes aktif pula 9,705 di mana 1,351 kritiksl Sementara itu Riyadh merekodkan 381 kes diikuti  jMakkah 225 dan daerah Timur 110 a

Read More

Thailand sekali lagi catat 21 kematian

BANGKOK 2 Mei – Thailand sekali lagi merekodkan  21 kes kematian baharu akibat Covid-19, yang tertinggi bagi tempoh dua hari berturut-turut menjadikan jumlah kematian setakat ini 245 orang sejak pandemik itu melanda negara itu Januari 2020. Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 1,940 kes baharu termasuk 10 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 68,984 kes. Menurut Pusat Pentadiran Situasi Covid-19 (CCSA) kematian itu melibatkan 12 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 38 dan 88 tahun iaitu lapan di Bangkok, empat di Chiang Mai, masing-masing dua di Chonburi dan Lamphun serta masing-masing satu di Nakhon Pathom, Nakhon Sawan, Rayong, Tak dan Udon Thani.  Bangkok…

Read More

Kita ada Varian UK dan Afrika Selatan

PUTRAJAYA 2 Mei – Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan (VOC) berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan (B.1.351) dan tiga kes bagi varian United Kingdom (B.117). Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata kesemua kes dikesan menerusi 59 penjujukan seluruh genom yang dijalankan dari 24 April hingga semalam (1 Mei) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Ini juga adalah laporan pertama mengenai VOC Afrika Selatan di Perak dan Kelantan yang membabitkan beberapa kluster penting dengan 10 kes di setiap negeri. Selain itu,…

Read More

11 kluster baharu, 396 aktif

PUTRAJAYA 2 Mei – Sebelas kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan lima kluster komuniti, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta dua kluster tempat kerja. Setakat ini 1,680 kluster direkodkan dan daripada jumlah itu, 1,284 kluster tamat termasuk 10 kluster yang tamat hari ini manakala 396 kluster masih aktif. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Lorong Mulia, Kluster Jalan Alamanda, Kluster Jalan Padang, Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Kemajuan, Kluster Jalan Suasana, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Jalan Teluk Kumbar, Kluster Kampung Batu Lapan…

Read More

Selangor catat peningkatan kes

PUTRAJAYA 2 Mei – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes (35.1 peratus) berbanding 759 yang direkodkan semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 908 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 587 kes (17.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 400 kes (11.7 peratus). Selangor: 1,200 kes 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kasawari Sembilan dan Kluster Persiaran Raja; 843 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;…

Read More

AstraZeneca dapat sambutan

PUTRAJAYA 2 Mei – Di sebalik pelbagai persoalan mengenai vaksin AstraZeneca (AZ) sebanyak 268,000 pemohon telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk mendapatkan vaksin itu. Jumlah itu dicapai dalam tempoh tidak sampai empat jam pendaftaran dibuka. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AZ sudah selesai didaftarkan. Menerusi ciapan di laman Twitter beliau, Khairy Jamaluddin turut memohon maaf kepada rakyat yang tidak sempat untuk mendaftar vaksin tersebut pada Ahad. Semua slot untuk AZ (AstraZeneca) sudah ditempah. Saya minta maaf atas masalah teknikal yang berlaku…

Read More

Kes meningkat, 30,339 kes aktif

PUTRAJAYA 2 Mei – Sebanyak 3,418 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 415,012 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada  jumlah ini, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes aktif ketika ini mencecah angka 30,339, dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 345. Kali terakhir kes aktif melebihi 30,000 ialah Februari lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 175 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. Sementara itu, 12 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,533.…

Read More

Abai SOP beban penjagaan kesihatan

JOHOR BAHRU 2 Mei –  Sikap segelintir rakyat yang memandang ringan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan menganggap seolah-olah wabak Covid-19 telah berakhir, hanya akan menambah beban kepada kemudahan penjagaan kesihatan negara. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah jumlah kes tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan beberapa negeri, termasuk Johor, kini menjadi negeri berisiko tinggi. Titah baginda  jumlah kes tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan beberapa negeri, termasuk Johor, kini menjadi negeri berisiko tinggi. “Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih dari penularan COVID-19, namun sebaliknya jumlah…

Read More

Malaysia kesan varian dari India

PUTRAJAYA 2 Mei – Malaysia mengesan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 yang dikesan hasil saringan seorang warganegara India di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu. Berdasarkan laporan WGS, beberapa penemuan direkodkan membabitkan 59 genom dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi tempoh dari 24 April hingga 1 Mei (semalam) “Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu…

Read More