11 kluster baharu, 396 aktif

PUTRAJAYA 2 Mei – Sebelas kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan lima kluster komuniti, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta dua kluster tempat kerja.

Setakat ini 1,680 kluster direkodkan dan daripada jumlah itu, 1,284 kluster tamat termasuk 10 kluster yang tamat hari ini manakala 396 kluster masih aktif.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Lorong Mulia, Kluster Jalan Alamanda, Kluster Jalan Padang, Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Kemajuan, Kluster Jalan Suasana, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Jalan Teluk Kumbar, Kluster Kampung Batu Lapan Lekir, dan Kluster Sungai Mupong

Sebanyak 85 kluster merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu Kluster Saujana (153 kes), Kluster Sungai Duan  (102 kes), dan Kluster Sungai Ranan (33 kes).

Perincian 11 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SUNGAI TENGAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bau dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392011) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Kampung Sagah, Sungai Tengah, Bau. Sehingga 2 Mei, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI SEBEMBAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394468) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra rawatan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Sebemban, Bintulu. Sehingga 2 Mei, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SEBUJOK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman dan Betong  di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389327) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Sebujok, Sri Aman. Sehingga 2 Mei, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SRI PUTRI 12

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-402990) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Sri Putri 12, Taman Putri, Kulai. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359045) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Emas 9, Taman Kerjasama, Melaka Tengah. Sehingga 2 Mei, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SAINS BAKAM

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378768) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Bakam, Miri. Sehingga 2 Mei, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KIARA JAYA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394128) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah sekolah yang terletak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 2 Mei, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JUNJONG

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411445) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Junjong, Kulim. Sehingga 2 Mei , sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LIMAU KARANGAN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-404746) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar  sebuah pusat pendidikan yang terletak di Padang Limau, Karangan, Kulim. Sehingga 2 Mei, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER KASAWARI SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kasawari, Batu 9 off Jalan Kampung Kebun Baru, Kuala Langat. Sehingga 2 Mei, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Sehingga 2 Mei, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment