Kes meningkat, 30,339 kes aktif

PUTRAJAYA 2 Mei РSebanyak 3,418 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 415,012 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada  jumlah ini, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kes aktif ketika ini mencecah angka 30,339, dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 345.

Kali terakhir kes aktif melebihi 30,000 ialah Februari lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 175 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 12 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,533.

Sebanyak 2,698 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 383,140.

Related posts

Leave a Comment