Selangor catat peningkatan kes

PUTRAJAYA 2 Mei – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes (35.1 peratus) berbanding 759 yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 908 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 587 kes (17.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 400 kes (11.7 peratus).

  • Selangor: 1,200 kes
    • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kasawari Sembilan dan Kluster Persiaran Raja;
    • 843 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 291 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 587 kes
    • 213 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sains Bakam, Kluster Sungai Tengah, Kluster Sungai Sebemban, dan Kluster Sebujok;
    • 315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 400 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 299 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 213 kes  
    • 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sri Putri 12;
    • 80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 198 kes  
    • Lima kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 122 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Terengganu: 184 kes
    • 176 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 145 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 115 kes 
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kedah: 101 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26  kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Junjong, Kluster Kiara Jaya, dan Kluster Limau Karangan;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment