Indonesia catat 1.6 juta kes

JAKARTA 1 Mei – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,672,880 dengan jumlah kematian 45.652 orang manakala 1,526,978 pesakit dilaporkan sembuh atau 91.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes positif yang direkodkan hari ini adalah 4,512 dengan Jakarta menambah 926 kes dengan kumulatifnya 409.546 diikuti Jawa Barat 754, Riau 377, Jawa Timur 231 dan Bangka Belitung 200. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,344 orang dilaporkan sembuh di mana Jakarta merekodkan 793 orang dan kumulatifnya yang tertinggi 395,661 orang, Jawa Barat 760, Riau 333, Sumatera Barat 333 dan Yogyakarta 330.…

Read More

1,048 kes baharu Arab Saudi

JEDDAH 1 Mei –  Sebanyak 1,048 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 418,411 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi, 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,968 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 964 pesakit dilaporkan sembuh sekaligus meningkatkan jumlah kes pulih kepada 401,544. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 379 kes diikuti Makkah 277 dan daerah Timur 141. MoH juga memaklumkan terdapat 9,899 kes aktif dan 1,333 dalam keadaan kritikal.

Read More

Bantu KKM hadapi situasi kritikal

PUTRAJAYA 1 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang mutakhir ini amat membimbangkan. Sekiranya trend peningkatan kes berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya. Menurut kenyataan KKM, kadar penggunaan katil kritikal/ICU Covid-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Manakala Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti…

Read More

PM Lee ingatkan rakyat jangan leka

SINGAPURA 1 Mei – Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi amaran bahawa pemutus rantaian jangkitan kali kedua jika dilakukan akan menjadi satu “tamparan hebat” terhadap usaha memulihkan ekonomi Singapura. “Jika kita perlu melaksanakan satu lagi tempoh pemutus rantaian jangkitan, ia adalah satu tamparan hebat kepada rakyat dan pemulihan ekonomi. Jangan biarkan ia berlaku.”, katanya Beliau mengingatkan dengan kemunculan varian-varian baharu , keadaan Covid-19 di negara ini boleh segera memburuk sekali lagi. “Jangan ulangi kesilapan yang dilakukan negara-negara lain. Raikan terlalu awal, beri kelonggaran terlalu awal, leka melindungi diri, punca satu…

Read More

Lebih 19 juta kes di India

NEW DELHI: Kes harian Covid-19 di India terus melonjak lebih 400,000 kes, yang tertinggi direkodkan sejak negara itu berdepan dengan gelombang kedua pandemik itu. Angka korban pula mencatatkan 3,523 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 211,853 orang setakat Sabtu. Jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini melebihi 19 juta dengan 7.7 juta kes dilaporkan sejak Februari lalu ketika gelombang kedua. Berbanding sebelum ini, India mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mencapai angka 7.7 juta kes. Lebih memburukkan keadaan apabila negara itu dilaporkan mempunyai bekalan vaksin yang terhad,…

Read More

14 kluster baharu, 395 aktif

Maklumat  terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Mei 2021: Jumlah kluster : 1,669 kluster; Jumlah kluster baharu : 14 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat :1,274 kluster [termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sulaiman, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Kluster Rajang, Kluster Sinsingon, Kluster Jalan Merpati, Kluster Jalan Tanjung, Kluster Beringin, Kluster Jalan Bandar Sembilan, dan Kluster Jalan SC Satu] Jumlah kluster aktif : 395 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 80 kluster; dan Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu…

Read More

Selangor mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 1 Mei – Selangor terus mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 759 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif 133,649, juga tertinggi berbanding negeri lain. Daripada jumlah ini, sebanyak 522 kes (68.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Sarawak menduduki tempat kedua dengan 445 kes diikuti Kelantan 442, Kuala Lumpur 315 dan Johor 310. Selangor: 759 kes 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Jalan Sungai Sembilang dan Kluster Lestari Perdana Tujuh; 412 kes daripada saringan…

Read More

120 kematian di Filipina

MANILA 1 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 120 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dengan kes jangkitan pula 9,226 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kematian 17,354 manakala keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,046,653 orang. DoH juga melaporkan sebanyak 10,809 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 957,051 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sehingga pukul 4 petang ini kes aktif pula 72,248.

Read More