JEDDAH 1 Mei – Sebanyak 1,048 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 418,411 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi, 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,968 kematian.
Bagi tempoh yang sama, sebanyak 964 pesakit dilaporkan sembuh sekaligus meningkatkan jumlah kes pulih kepada 401,544.
Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 379 kes diikuti Makkah 277 dan daerah Timur 141.
MoH juga memaklumkan terdapat 9,899 kes aktif dan 1,333 dalam keadaan kritikal.