MANILA 1 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 120 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dengan kes jangkitan pula 9,226 kes.
Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kematian 17,354 manakala keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,046,653 orang.
DoH juga melaporkan sebanyak 10,809 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 957,051 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes.
Sehingga pukul 4 petang ini kes aktif pula 72,248.