Selangor mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 1 Mei – Selangor terus mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 759 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif 133,649, juga tertinggi berbanding negeri lain.

Daripada jumlah ini, sebanyak 522 kes (68.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Sarawak menduduki tempat kedua dengan 445 kes diikuti Kelantan 442, Kuala Lumpur 315 dan Johor 310.

  • Selangor: 759 kes
    • 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Jalan Sungai Sembilang dan Kluster Lestari Perdana Tujuh;
    • 412 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 233 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 445 kes
    • 115 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Long Jegan, Kluster Durin, dan Kluster Sungai Nirai;
    • 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 442 kes 
    • 97 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 272 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 315 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • 196 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 12 kes import dari luar negara; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 310 kes
    • 184 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Garuda dan Kluster Persiaran Sinaran Ilmu;
    • 81 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 133 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif   Covid-19; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kedah: 111 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 

Related posts

Leave a Comment