14 kluster baharu, 395 aktif

Maklumat  terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Mei 2021:

  1. Jumlah kluster : 1,669 kluster;
  2. Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  3. Jumlah kluster yang telah tamat :1,274 kluster [termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sulaiman, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Kluster Rajang, Kluster Sinsingon, Kluster Jalan Merpati, Kluster Jalan Tanjung, Kluster Beringin, Kluster Jalan Bandar Sembilan, dan Kluster Jalan SC Satu]
  4. Jumlah kluster aktif : 395 kluster;
  5. Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 80 kluster; dan
  6. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Sri Lalang (78 kes), Kluster Jalan Kempas Satu (62 kes), dan Kluster Long Jegan (51 kes).

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat kluster komuniti, kluster tempat kerja, dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta dua kluster keagamaan.

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SUNGAI NIRAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Sungai Nirai, Selangau. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388424) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Felda Umas, Kalabakan. Sehingga 1 Mei 22021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SERI JATI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-390148) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Seri Jati, Batu Berendam, Melaka Tengah. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEPAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372543) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sepat, Kamunting, Larut, Matang, dan Selama. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GARUDA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388536) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Garuda, Larkin, Johor Bahru. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SUNGAI SEMBILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 1,372 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KILANG DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388422) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kilang, Lahad Datu. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DURIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-369717) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Penghulu Durin, Pasar Bau, Bau. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SEBATU

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-404801) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sebatu, Sungai Rambai, Jasin. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 167 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER AIR BUDI

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381714) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Solok Air Budi, Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 169 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER LESTARI PERDANA TUJUH

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Lestari Perdana 7/2, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 787 individu telah disaring, di mana86 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SAUJANA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401572) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Kampung Saujana, Setiu. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 386 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SINARAN ILMU

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-399732) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Masai, Johor Bahru. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LONG JEGAN

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Miri dan Beluru di Sarawak. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Marudi, Baram, Beluru. Sehingga 1 Mei 2021, sejumlah 162 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment