Filipina kini 1,006,428

MANILA 26 April – Filipina hari ini mencapai angka 1 juta kes jangkitan apabila 8,929 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 4 petang ini.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 1,006,428 dengan kematian pula meningkat kepada 16,853 termasuk 70 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebanyak 11,333 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 914,952 kes atau 90.9 peratus.

Kes aktif pula 74,623.

Related posts

Leave a Comment