5 sekolah Negeri Sembilan tutup

SEREMBAN 26 April – Lima buah sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup berikutan terdapat kes COvid-19 dalam kalangan murid dan guru.

Lima sekolah itu adalah dua di daerah Seremban, dan masing-masing satu di Batu Kikir, Jempol; Port Dickson; serta Kuala Pilah.

Setakat 25 April ini seramai 25 murid termasuk guru disahkan positif, manakala lebih 200 individu telah dipanggil untuk membuat saringan.

Pada Jumaat lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2, ditutup tujuh hari sehingga 29 April selepas 17 pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Tiga pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, turut disahkan positif Covid-19.

Seramai 179 pelajar SMAP Labu sedang dikuarantin di Institut Aminuddin Baki dan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai.

Related posts

Leave a Comment